24 Disember 2014

HATI KOSONG ~ MATI ITU PASTI ~ CARILAH ILMU

السلام عليکم

~ Dari Hati ke Hati ~ Nukilan yang Sentiasa Berganti ~ PadaMu Rabb yang Memberi Inspirasi ~

---------------------------------------------------------------------------------------------

TENTANG HATIKU KOSONG ? 

< Hayatilah Wahai Sahabat>

"Hatiku kosong tentang Erti KEHIDUPAN,
Kosong dalam mencari TUJUAN,
Arah manakah HALUAN,
Bagaimanakah PERMULAAN".

Wahai Sahabat percayalah akan Janji Allah SWT, Perbaikilah dan Mantapkanlah Ilmu Rohani,  memang bukan mudah. "BIAR SIKIT TAPI BERTERUSAN" ISTIQOMAH ~


~ JIKA KITA KEJAR DUNIA, AKHIRAT NAMPAK KECIL, KEJARLAH AKHIRAT DUNIA AKAN MENGEJAR KITA ~





13 Mei 2014

PERANAN DAN KEPENTINGAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT!

ASSALAMUALAIKUM DI UCAPKAN BUAT SAHABAT-SAHABAT SAYA.





Doa saya sentiasa memohon yang baik-baik buat Sahabat-Sahabat, sentiasa berada dalam Lindungan dan Rahmat Allah SWT. Baik yang mengenali saya mahupun tidak, sesungguhnya mendoakan yang baik-baik sesama manusia amat disukai olehNYA malah menambahkan pahala. (Ikhlaskan Hati kita Ya Sahabat) ^_^


Ilmu? Sedarkah kita betapa BESARNYA akan kepentingan MENUNTUT ILMU dan ia amat-amatlah PENTING. Serius PENTING! Contoh terdekat adalah saya sendiri di mana dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, berpelajaran setinggi SPM/Sijil MLVK, walau saya hanya berpendidikan tidak setinggi Sarjana Muda tapi sesungguhnya saya bersyukur kerna berpeluang belajar di tempat selesa dan mempunyai kemudahan yang cukup baik semasa di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama. Kesan dari keaadaan sekeliling ia tidak menghalang saya untuk berusaha dan melembutkan hati untuk mencari ILMU dalam menggapai RedhoNYA. 

#TerimaKasih pada Nenda dan Keluarga kerana membesarkan/mendoakan cucuanda dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Hanya Allah SWT yang dapat membalas akan kasih dan sayang kalian.

Dalam keadaan saya yang telah menginjak usia (30'an), saya sesungguhnya amat bersyukur kehadrat ILLAHI akan hadirnya sahabat-sahabat Fillah yang IKHLAS dalam menyampaikan ILMU baik di alam realiti atau alam maya, mereka semua sesungguhnya telah menyedarkan dan menginsafkan saya betapa PENTINGNYA ILMU DUNIA DAN AKHIRAT untuk digali dan terokai, Kerna segala pergerakan kita di bumi ini dan juga pengakhiran kita nanti semuanya berlandaskan ILMU. #Carilah GURU yang sebaik-baiknya jika ingin mendalami ILMU. 

#Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah kerna Hadirkan Insan-Insan Istimewa ini yang begitu amat mencintaMU. #Terkesan 

Hal sebegini jangan dijadikan alasan untuk tidak berusaha untuk mendekatkan diri dengan ILMU, alasan ayat yang biasa kita dengar "saya orang susah"/ "saya belajar tidak tinggi pun" / "malas sebab keluarga tidak beri sokongan dan kekuatan" / "tidak pandai pun" / "duit gaji tidak cukup untuk sambung belajar" hal sebegini mohon ditolak ketepi JAUH-JAUH. Saya sendiri dahulu berbagai alasan diberi untuk dijadikan alasan sebelum berjinak-jinak mendalami ILMU. Sekarang tidak lagi kerna saya tahu ILMU adalah "TERAPI TERBAIK DI DUNIA".

ILMU yang saya kejari sekarang adalah ILMU AKHIRAT, Fardhu Ain dan Kifayah. Di manakah tahap ILMU saya sekarang? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Sesungguhnya ILMU tidak akan pernah habis dan sentiasa membuak-buak untuk dipelajari dan diamalkan. PESAN buat saya sendiri dan sahabat-sahabat janganlah MALU dan EGO dalam mencari/menuntut ILMU tapi malulah sekiranya kita tidak tahu apa-apa walau asas ISLAM "Rukun Iman dan Islam" (Pengertian dan Kefahaman) di mana kita tidak mengambil tahu akan kepentingannya. 

Dalam mencari ILMU dan menuntut ILMU itu pupuklah IKHLAS kita KernaNYA. InshaAllah dipermudahkan segala urusan kita dalam mendalami ILMU Agama. Menuntut ilmu adalah wajib dan amalan yang sangat mulia. Tanpa ilmu seorang itu tidak mungkin akan menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, kerana ilmu adalah perkara yang paling penting untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan tidak mudah ditipu oleh iblis laknatullah. 

Adap-Adap dalam menuntut ILMU: 

Moga ia memberi manfaat buat saya dan Sahabat-Sahabat ^_^

1. Niat yang ikhlas.
2. Tekun berusaha dan bertawakal.
3. Menjauhi maksiat.
4. Memilih teman yang soleh.
5. Banyakkan zikrullah.
6. Menjaga kehormatan.
7. Mendapat Doa dan keredaan ibu bapa.
8. Menghormati Guru/Murobbi.
9. Beramal dengan segala ilmu yang diperolehi.

~ Mari menjadi INSAN yang lebih baik dari semalam ~ 


"Akhir sekali 10 jari di mohon jika ada kekurangan dalam saya menulis/menyampaikan dalam ruangan ini kerna yang sempurna datangnya dari NYA, (ALLAH SWT) dan lemah itu dari saya sendiri".


Wassalam, 

Salam Ukhwah kerna Allah.