23 November 2013

Mengapa perlu membaca Al-Quran walaupun tidak memahaminya?

السلام عليكم    sahabat-sahabat sekalian.


Ruangan yang di forward dari seorang Sahabat saya ini amat memberi kesan terhadap hati ini dan telah membuka minda dan hati saya untuk lebih mendekatiMU mengenaliMu Ya Rabb. Moga sahabatku ini sentiasa berada dalam LindunganMu Ya ALLAH. Semoga saya dan juga sahabat-sahabat yang membaca ruangan ini berkongsi dan menyampaikan akan perkara yang membawa kepada kebaikan sesama Makhluk di Bumi yang Fa'na ini. 
`Al-Quran Nul Karim`
` KATA MOTIVASIKU `
Bacalah walau penat lelah datang menjelma kerana tiada Ruginya jika ia dibaca kelak Cahaya Nur akan membisikkan rasa keinsafan betapa Kerdilnya dirimu di sisi PENCIPTAMU.


~ BACALAH WALAU SIKIT TAPI BERTERUSAN ~

Semoga yg baik itu terus diamalkan berterusan... 
Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..? 

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?. Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. 

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’ Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. 

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi. Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. 

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’ Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam. ‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah SWT dalam kehidupan kita.’


`Walau cerita ini amat pendek tapi ia memberi pengertian yang amat Besar`

Ilmu Agama, walau sedikit sekalipun, wajib juga disampaikan. 

Terima Kasih Sahabat.




15 Jun 2013

Hinakah aku dimata mu


~ Hinakah aku di Matamu ~

Saat Kasih hadir terang menerangi,
Menerangi hati walau gelap dlm mengenali,
Kasih hadir syukur tak terperi,
Kasih untukku? apa benar terjadi,

Detik masa terus berjalan,
Berputar arus tak pernah ku menahan,
Jauh bertaut memerlukan kekuatan,
Kasih tinggalkan ku dengan didikan?

Mudah benar Kasih menghilang,
Erase Delete tiada penghalang,
Aku sedar tak mampu menghalang,
Saat Kasihmu kini sedang berkembang.

Sedarku tangis tak punya apa,
Dakapan berpaut perlahan tiada,
Tapi ku punya Teman Tuhan Semesta,
Tak akan Hilang, malah Menerima. 


Hati ini tercari-cari dan masih mempelajari perihal Dunia yg Fa'na, aku tidak pernah akan sempurna dan kita mmg tidak pernah akan sempurna, kerna itulah kita Hamba sahaya. 

Dalam aku mengenalimu, satu ketegasan yg ku sedar hidup ini hanyalah Pinjaman. Pinjaman yg menuntutku dekat dengan Rabb Pencipta Alam Semesta.

Maafi aku jika tidak Cukup sempurna Memahamimu. 







Nukilan Hati ini "Hinakah aku di matamu" 









01 Jun 2013

10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK


                                         ~ السلام عليكم ~


Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari kekasih memang senang. Tetapi yang memiliki ciri-ciri idaman bukan senang untuk dicari. Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki. Semoaga artikel 10 Sifat Calon Suami Yang Baik yang penulis sediakan dapat membantu anda wahai wanita yang ingin Mencari Calon Suami.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
<Ruangan yg mmg bermanfaat>

 

28 Mei 2013

Kisah Benar Keadaan Jenazah Penuntut UMT | My Info Hub

Kisah Benar Keadaan Jenazah Penuntut UMT | My Info Hub 

Kelebihan Dan Hikmah Dari Sunnah Menyimpan Janggut

 ~ السلام عليكم ~
Di harap kalian sihat sejahtera. Alhamdulillah ruangan kali ini adalah hasil nukilan dari HarianIslam.com ya... "Satu Ruangan Entri yg mmg byk memberi Ilmu كروهانيان kepada saya" dan merupakan salah satu سماڠت buat saya utk terus berblogger yg pasti setiap blogger ada keistimewaan tersendiri dan cara penyampaian yg berbeza. (^_ ~)


Ruangan kali ini yg ingin dikongsi bersama adalah ttg "Janggut" :) Dulu mmg saya tak selesa dok gemar akan Janggut, GELI Cangat tp persepsi tu berjaya berubah setelah saya mengenali seorang insan yg bertakhta di hati setahun yg lepas. Membuatkan saya jatuh hati (btul xtipu laa) ^_^ saya بردعا dia adalah Jodoh Terbaik buat saya. Amin Yarobbal Alamin. 


Wahai KAUM ADAM --> Kelebihan dan Hikmah Janggut. 


  1. Adakah kita di antara lelaki yang ada menyimpan janggut? Jika ya, itu satu perkara yang baik sekali kerana Rasulullah SAW pun turut menyimpan janggut. Jom kita semak dibawah apakah kelebihan menyimpan janggut.
  2. Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara “kecantikan” wanita dan lelaki adalah janggut.
Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih “tulen”. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
  • Menampakkan kelelakian
  • Kelihatan lebih ‘macho’
  • Lebih hensem dan berkarisma
  • Nampak soleh
  • Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
  • Lebih diminati wanita
  • Mempunyai manfaat kesihatan
  • Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan bukannya berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :


Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-hakam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.
Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah SAW telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

<Ruangan yg mmg bermanfaat>

Salam Ukhwah Kerana Allah.
 

26 Mei 2013

Jalan - Jalan di Kuala Lumpur. NINETOLOGY . Phone REBET 200

(o_~) pagi-pagi... sya da bangun lah ... 

  • =) happy bebenor coz kuar jenjalan tuu pepagi tdi, target nak usha Phone a.k.a beli skali lah :p pepagi da bangun trus tak tdo da laa huhu.... uhuk2.  
  • Pepun hati ada sekelumit regret coz biler da sampai kt Low Yat ... Impian nak beli PHONE Ninetology tak kesampaian, Regret coz details yg kat dalam form "Rebet 200 SKM" xmengikuti spt tertera dlm I/C. Lupa nak letak "Binti" main letak je nama kt dlm form tu tanpa refer peraturan dan arahan... (btw baca mgkn xperasan) my fault.. i admit it ;(
akan cuba dapatkan kamu >o<


  • coz of this my dreams to have a Phone Ninetology like a story not dream come true lah... adui.. Klu ada rezeki tak kemana :) don't cry eh Cik Ummi ... 
  • Bagi yang berumur 21-30 tahun patut tgk syarat-syarat sebelum memohon smartphone    ---> https://komunikasibelia.skmm.gov.my/
  • End of Journey for today... so we all just jenjalan kt area KL dan Ampang sampai lebam ;p yeayy.... 





"The Moral of story" .... read carefully and ask the correct person if u have any inquiry.... aduii.. Oh My English jap.. xla pandai mana pun berEnglish ni.. ;p

owk lah.. sampai di sini saja dapat sya share ttg kehidupan yang ada masa GeMbIrA & SeDiH "Fa'na" .. appreciate others OPINION and FEELING adalah matlamat sya utk disematkan dlm hati.. In Sha Allah mereka akan menghargai kita. 

Ceria dan Selalu Positif Ya Sahabat. ;) Tata. 

24 Mei 2013

Cara Memikat Wanita Mengikut Sunnah


Assalamualaikum...

Moga Ruangan ini memberi seribu satu ruang fikiran yang tenang dan ikhtibar buat saya dan sahabat-sahabat agar kita lebih berusaha dalam mendekatiNya. =)


  • Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu. Cth: Nabi saw  menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda
  • Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)
  • Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tsb.
  • Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213) 

Wasallam,

18 Mei 2013

Hijab Moden Tabarruj ?

السلام عليكم sahabat. Moga tiap-tiap hari kalian ceria dan berfikiran positif!!! :)

Hari ini topik yang ingin saya kongsi bersama ---> tentang 
::Perihal Wanita Muslim Zaman Sekarang:: 

  • Isu ttg Hijab Moden skang mmg menjadi topik hangat utk saya, sbb telah muncul pelbagai Hijab Moden yg versatile btw sya pn suka :) Bagi saya sendiri lah Hijab Moden skang terlalu menarik perhatian, tak dinafikan :) mmg la cantik, tapi lebih baik kita pakai pada yg حلال bagi kita :) yg setuju ngan saya terima kasih, mana yg tak setuju ngan saya Maaf saya Pohonkan.  
  • Hurmmm ..... O___o apa ketegori Hijab Moden sekarang --> Belahan yg ketat, jarang, terdapat manik, ropol serta berwarna terang. Confirm mmg tertarik, menarik perhatian yg memandang... wuhuuu!!! da cantik pandang lew kan. Kesan usaha dari menelaah buku agama sedikit sebanyak membantu saya tahu ttg perihal menjadi wanita Muslim :) 
  • Tabarruj adalah memperlihatkan perhiasan, keindahan dan bahagian tubuh di mana واجب ditutup oleh وانيتا .Memperlihatkannya ditegah oleh yg Esa, dikhuatiri mengundang syahwat golongan للاكي .  
  • IN SHA ALLAH kejayaan akan wujud jika hati kita ikhlas KeranaNya :) Doa utk diri saya sendiri dan para sahabat wanita di luar sana yg tgh berusaha berubah dan tergerak ke arah kebaikan Doa saya Alhamdulillah teruskan dan sentiasa dekatkan diri kepada yg Mahmudah. Jangan ليك& الڤا                                                                        
  • "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, bergerak membuat sesuatu kebaikan adalah lebih baik dari tidak berbuat apa-apa" ^____^ 

sama-sama usaha :)
Label

15 Mei 2013

Rezeki Allah SWT

السلام عليكم rakan-rakan, moga kehidupan kalian dirahmati OlehNya ^_^

  • الحمدلله Syukurnya saya hari ini, bila duk fiki2r balik..hehe mmg tak sangka terbinanya ruang blog yg hasilnya spt skang ni (mmg gembira) dr kesan rajin duk godek2 sana sini lah شكور :)  
  • Saya ni tak la berlajar tinggi mana, tp sya bersyukur sgt2 sbb kesan dr pengalaman hidup saya dan org lain buatkan saya fikir dan fikir yg kehidupan ni perlu dinikmati sepenuhnya dengan fikir secara positif bukan negatif ekk, setiap hari kena fikir apa matlamat yg nk dikejar.. berpada2 jgn ليك & الڤا tau .. Fardhu Ain dan Kifayah tu paling atas sekali         <huhu... pandainya nasihat kt org kan> :) 
  • Hasil terkesannya, rasa inisiatif nk buat blog lg bgus dan ilmu yang bermanfaat In Sha Allah, Keyakinan, usaha dan sabar juga wajib dipupuk dalam semua aspek kehidupan, الله jangan dilupa..Haa...ingat tu.. klu tak xakan terjadi Rezeki nikmat berblog ni. :)
  • Saya berharap ruangan akan datang lebih bermanfaat bagi yg menatap blog saya ni... saya akhiri ruang "Rezeki Allah SWT" dgn شكور & الحمدلله dgn rezeki yg diberi OlehNya. 
Jaga diri dan jangan ليك & الڤا dengan tanggungjawab kita kepadaNya. :)


12 Mei 2013

Terima Kasih HANIS ZALIKHA dengan 14 Tips Menjadi Blogger ^__^







Alhamdulillah.... syukur tak terkira ni...berkat dr duk menelaah tenet dan godek2 sane sini dapat lah saya tahu ttg kelebihan menjadi Blogger. dalam minat yang mmg suka bercerita taip menaip depan notebook Dell Inspiron Mini ni dapatlah saya memberi dan menerima. 
(Pepun Lillahi Ta'ala) itu jangan sesekali dilupa.  

Terima kasih cuty Hanis Zalikha dengan Tips yg diberi ---> smile face =)


http://inibelogsaya.blogspot.com/2009/02/14-tips-menjadi-blogger-masyhurterkenal.html

kengkawan meh tgk link kt atas nie. Jangan lupa ~__^

14 Januari 2013

Kelebihan & Khasiat Ayatul KURSI

KasihMu dalam Mengasihi Hambamu ini, Yakini KekuasaanMu. 


 Kelebihan & Khasiat Ayatul KURSI 
Baca pada saat keluar rumah,
     70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

Baca saat masuk rumah,
     Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

Baca setelah berwudhu,
     Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

Baca pada saat tidur,
     Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

Baca setelah sholat,
     Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil?
    Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?

Kenapa kita bosan saat baca Al-Qur'an?
     Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?
    Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?

Kenapa masjid semakin kecil?
     Tapi bar dan club, semakin besar?

Kenapa kita lebih sangat senang menyembah artis?
    Tapi sangat susah untuk menemui Allah?

Pikirkan itu :

Apakah Anda akan memforward pesan ini?
Apakah Anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan orang lain?

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu. Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman" Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. InShaa ALLAH.


(Awak mari kita saling bantu Membantu memperoleh Pahala owk) ^___^

13 Januari 2013

Doa Membuka Sesuatu yang Tertutup.


  • Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
  • Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya)
  • Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
  • (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
  • (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);
  • Nota : Boleh juga diamalkan dari ayat 1 hingga 3 sahaja.
  • Bagus diamalkan untuk :
  • 1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah.
  • 2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
  • 3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
  • 4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
  • 5) Hati yang tertutup untuk berkahwin.
  • *Amalkanlah dengan hati yang ikhlas kepada Allah. Jika tidak Allah kurniakan didunia, pasti balasan diakhirat itu jauh lebih baik dan beruntung kepada kita.
Sumber Dari Blogger --> Doa, Ayat dan Zikir. (Jom mari beramal). ^_____^ 

12 Januari 2013

Kau Segalanya....



  • Saat terbiar mgkn dek kata-kata atau sikap, kesemuanya memerlukan "memberi dan menerima",  pelajari dan diajari...... kesedaran ini membuatkanku memikirkan hanya ada kamu Ya Allah, yg pasti akan memberi segalanya.. Cinta, Kasih dan Sayang malah RahmatMu kuperlukan. Ku Mohon Ya Allah tetapkan hatiku agar tidak dibolak balik dalam pencarianku ini dalam menuju keredhoaanmu. Amin Yarobbalalamin.
  • Ku Mohon diriku Dimaafi.          

* موݢ توبةکو دتريما *