بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
🌺Segala puji bagiNYA, Tuhan sekalian alam, yang menciptakan segala bentuk yang wujud di atas muka bumi yang Fa'na ini. Allahuakbar.
🌺Selawat dan Salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, kesayangan penduduk bumi dan langit. Allahuakbar. #YaRasulullah (Daku amat merinduimu Ya Rasulullah. Doakan daku agar fokus meneladani, mencontohi, mengamalkan, menghidupkan Sunnahmu).
🌺Dalam rutin kehidupan seharian kita pasti ada pelbagai perasaan yang dirasai/dialamai, antaranya senang/gembira dan susah/sedih itulah satu kitaran pusingan yang pasti semua orang akan merasainya. Jawapannya kena kuatkan semangat, sabar dan yakin akan kekuasaanNya. #InshaAllah #YakinJanjiNya
🌺Jika kita tengok dan amati keadaan sekeliling kita, pasti ada sahaja orang sedang menjalani kehidupan dengan begitu sukar, tentang masalah dengan rezeki pakaian/makanan dan tempat tinggal yang mungkin lagi daif dari apa yang kita miliki sekarang.
🌺Jom aturkan perjalanan di atas muka bumi yang fa'na ini dengan penuh keikhlasan keranaNya
#Keyakinan #Keikhlasan #Kesabaran #Ketenangan #Kesyukuran.
🌺Moga Allah permudahkan semua urusan kita dan latih hati untuk berdoa dan menambahkan amal ibadah kita.