ุงูุณูุงู
ุนูููู
(ุจِุณْู
ِ ุงَِّููู ุงูุฑَّุญْู
َِٰู ุงูุฑَّุญِูู
ِ)
Alhamdulillah syukur untuk sekian kalinya untuk ruangan yang tidak seberapa ini buat tatapan sahabat-sahabat sekalian, sentiasa berharap segala perkongsian dapat memberi manfaat buat saya sendiri dan juga sahabat-sahabat global saya. Yang baik datang dariNya dan yang kurang pasti dari saya.
Bismillah hirrohman nirrohim. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga Baginda serta Sahabat-Sahabat Baginda, juga buat ahli keluarga kita dan seluruh umat Islam yang telah pergi mendahului kita menemui Pencipta Alam ini. Al Fatihah.
(ุจِุณْู
ِ ุงَِّููู ุงูุฑَّุญْู
َِٰู ุงูุฑَّุญِูู
ِ * ุงْูุญَู
ْุฏُ َِِّููู ุฑَุจِّ ุงْูุนَุงَูู
َِูู * ุงูุฑَّุญْู
َِٰู ุงูุฑَّุญِูู
ِ * ู
َุงِِูู َْููู
ِ ุงูุฏِِّูู * ุฅَِّูุงَู َูุนْุจُุฏُ َูุฅَِّูุงَู َูุณْุชَุนُِูู * ุงْูุฏَِูุง ุงูุตِّุฑَุงุทَ ุงْูู
ُุณْุชَِููู
َ * ุตِุฑَุงุทَ ุงَّูุฐَِูู ุฃَْูุนَู
ْุชَ ุนََِْูููู
ْ ุบَْูุฑِ ุงْูู
َุบْุถُูุจِ ุนََِْูููู
ْ ََููุง ุงูุถَّุงَِّููู)
[Surat Al-Fatihah 1 - 7]
via @QuranAndroid
Diharap kalian semua sahabat blog saya sihat sejahtera hendaknya dan sentiasa berada di dalam Lindungan, Kasih RahmatNya. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi di atas Limpah kurniaNya berpeluang lagi menulis ruangan yang mungkin kecil bagi saya. Sekian lamanya menyendiri dan mencari kepentingan diri sendiri di muka bumi yg Fa'na ini. Kini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya pelajari, hadapi dan harungi. InshaALLAH.
Kali ini perkongsian yang ingin saya ceritakan ialah tentang ayat perkataan ni 'Hidayah perlu dicari bukan dinanti" Hidayah? maksud Hidayah pun da cantik sedap di dengar, apatah lagi mengetahui maksudnya. Kenapa perlu dicari dan kenapa pula bukan dinanti. Kalau difahami betul-betul besar maksudnya, fahami dan hayati bait kata-kata ni, jika inginkan sesuatu perubahan dalam diri maka berbuatlah baik dan hindari segala perkara yang menjerumuskan ke lembah yang menjauhkan kita dari Pencipta kita.
Rajinkan diri dan latih hati untuk berubah dan usaha mendekati perkara yang mendatangkan lebih kebaikan dan pahala buat kita dan juga buat orang sekeliling kita, contoh menghadiri diri di majlis agama, usrah, menonton rakaman di television yang berunsur keagamaan dan sebagainya. Sekiranya belum berhijab dan berniat berhijab dan melakukan terus perubahan itu, dari memakai yang ketat-ketat, jarang dan singkat sekarang dan longgar, labuh dan tidak jarang. InshaAllah yakinlah dengan IzinNYA hidayah itu akan hadir dan mengalir InshaAllah.
Pokok asas dia adalah USAHA, berusaha dan usaha jangan putus asa dan ISTIQOMAH dalam mencari dan mendapatkan redho Allah SWT. NIAT NAWAITU BERUBAH KERANA APA? Niat keranaNYA, ikhlaskan hati dan terima segala perubahan yang ingin dibuat.
Hidayah perlu dicari bukan dinanti, hanya yang bertuah sahaja Allah SWT bagi terus lekat hidayah itu ke hati kita, ada setengah tu berusaha dan berubah kerana memang ingin berubah. Doa saya moga sahabat-sahabat global saya terus ISTIQOMAH dan fokus untuk perbaiki diri dan sentiasa berada di jalanNYA.
#ChangeForTheSakeOfAllah. #SabarItuIndah #SlowlyButSurely #CeriaSelalu #Latih HatiUntukSentiasaZikir #ZikirHati #Muslim #IslamItuIndah #SunnahNabiMuhammadSAW
~ Mari menjadi INSAN yang lebih baik dari semalam ~
• Slowly but surely change and looking Hidayah for the sake of Allah •
Moga ia memberi manfaat buat saya dan Sahabat-Sahabat ^_^
1. Niat yang ikhlas.
2. Tekun berusaha dan bertawakal.
3. Menjauhi maksiat.
4. Memilih teman yang soleh.
5. Banyakkan zikrullah.
6. Menjaga kehormatan.
7. Mendapat Doa dan keredaan ibu bapa.
8. Menghormati Guru/Murobbi.
9. Beramal dengan segala ilmu yang diperolehi.
"HIDAYAH ialah petunjuk Allah ke arah kebenaran. Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya agar beriman dan mentaati perintahnya".
Mohon maaf jika segala yang ditulis tidak memuaskan dan kurang pengisiannya, pengalaman dan sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi dalam proses saya mencari RedhoNYA, dari saat sebelum, sekarang dan masa akan datang, inshaAllah akan melatih hati dan fokus niat saya keranaNYA. LATIH HATI tanya apa niat dan tujuan saya hidup di atas Bumi yang Fana' ini. Allahu. Moga saya sendiri sentiasa beringat dan mengingati. Amin Allahumma Amin.
#YangSentiasaInginBelajarDanMencariRedhoNYA